Banglo Clement Woo. Sewa to Tan Sri Liew. Now pejabat Anwar. Wooha!

HISBAH TUNTUT PENJELASAN TPM DS AZIZAH DAN SUAMINYA DS ANWAR IBRAHIM.

1.Kira-kira 48jam yang lalu Hisbah telah menarik perhatian umum khususnya TPM DS Azizah dan suaminya DS Anwar terhadap laporan yang diterima dan juga sebahagiannya sudah tular dimedia sosial tentang penggunaaan asst2 ahli perniagaan (tycoon) oleh DS Anwar Ibrahim.

2.Pada hemat Hisbah sekiranya benar ianya adalah perlanggaran kepada prinsip moral yang tidak membenarkan ahli2 keluarga pemimpin kerajaan membiarkan diri mereka terdedah kepada pertindihan kepentingan ( conflict of interest ) di antara pejabat kerajaan dan kepentingan perniagan syarikat2 tertentu.

3.Apatah lagi laporan yang diterima membabitkan antaranya aset kepunyaan hartawan yang terlibat dengan aktiviti pembalakan dan perjudian.Malah salah seorang mereka di denda di Serawak tahun lalu atas kesalahan aktiviti judi haram.

4.Penjelasan juga perlu apabila ada laporan memperlihatkan dengan bukti jelas banglo kepunyaan seorang tycoon di kawasan perumahan mewah dengan kadar sewaan semasa lebih 50ribu ringgit atau pembelian lebih 20juta ringgit telah dijadikan pejabat peribadi kepada Dato Seri Anwar Ibrahim semenjak DS Wan Azizah menjadi TPM.

5.Hisbah menuntut penjelasan segera daripada Timbalan Perdana Menteri atau suaminya yang juga telah mengisytiharkan dirinya sebagai bakal PM ke 8  didalam kempen PRK PD yang sedang berlangsung sekarang untuk mempastikan kerajaan hari ini dan akan datang tidak mengulangi kesalahan yang sama didalam pentadbiran sebelum ini yang kita semua sudah sedia maklum akibat buruknya kepada rakyat dan negara.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
10 Oktober 2018/ 1 Safar 1440H.

 

 

Kenyataan TPM tidak wajar.

1.Kenyataan TPM DS Wan Azizah di Jakarta srmalam mengenai tawaran jawatan PM kepada beliau oleh DYMM Agung adalah kenyataan  yang tidak wajar.
2.Setelah lebih 100 hari memerintah negara pimpinan kerajaan PH seharusnya sudah ditahap maksimal bekerja dengan solusi mantap untuk rakyat.Bukan masih lagi terheret dengan persoalan lalu apatah lagi yang membabitkan jawatan.
3.Yang dibicarakan pula adalah titah DYMM  dalam pertemuan tertutup di Istana Negara yang seharusnya dipelihara kehormatannya khususnya bagi pihak Baginda DYMM.
4.Berhentilah bicara soal jawatan.Tumpulah pada kerja yang dimandatkan oleh rakyat dengan gaji gaji yang dibayar rakyat.Jawatan bukan buat pesona dan kemegahan.Jawatan adalah amanah.
5.Lebih2 lagi dalam prestasi ahli kabinet yang masih belum mendapat keyakinan maksimal rakyat, TPM yang memimpin kabinet untuk membantu PM seharusnya membantu PM memberi teladan dan hala tuju jelas kepada anggota kabinet.
6.Tugas TPM adalah membantu PM.Bukan kehulu hilir mewarwarkan pernah ditawarkan jawatan PM!
7.Kalau mahu dihormati sebagai seorang TPM, berkerja dan berbicaralah sebagai seorang TPM.PM dan TPM bukan jawatan sebarangan yang boleh menjadi bualan harian ditepi jalan.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi HISBAH
Jakarta
11 Oktober 2018/ 2 Safar 1440.

COMMENTS

By |2018-10-11T12:29:33+00:00October 11th, 2018|Categories: IN MIND|Tags: , , , , , |
This website uses cookies and third party services. Ok