DATO POKAI KUT! PARKING FEE RM3 CANNOT PAY MA!

Polis kenal pasti lelaki serang juruwang

Rakaman video menunjukkan lelaki tersebut menyerang seorang juruwang 18 September lalu. - Foto media

Rakaman video menunjukkan lelaki tersebut menyerang seorang juruwang 18 September lalu. – Foto media sosial

KUALA LUMPUR – Seorang juruwang tempat letak kenderaan diserang seorang individu yang dipercayai bergelar Datuk dalam satu kejadian di sebuah hotel di sini pada 18 September lalu.

Dalam kejadian pukul 9.20 pagi, mangsa berusia 31 tahun itu dikatakan diserang suspek berikutan enggan membuka palang keluar tempat letak kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Ruslan Khalid berkata, hasil siasatan mendapati suspek menaiki sebuah kereta jenis Range Rover dikatakan enggan membayar wang parkir berjumlah RM3 menyebabkan mangsa enggan membuka palang.

“Susulan itu, suspek bertindak memarahi sebelum menyerang mangsa. Bagaimanapun, dalam pergelutan itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak polis sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. – K! ONLINE

COMMENTS

By |2018-10-12T13:44:12+00:00October 11th, 2018|Categories: IN MIND|Tags: |
This website uses cookies and third party services. Ok