Keluhan anggota PDRM.

By |2018-11-07T06:22:31+00:00Wednesday, November 7th, 2018|Categories: NATION|Tags: |

 

Setiap kali datangnya IGP baru…mesti akan sebut tentang Kebajikan Anggota…tapi apa??? Kebajikan apa yg mereka nak perjuangkan??? Yang nampak hanya kebajikan Pegawai Kanan Polis…utk Anggota xada…jawapan yang sering diberi oleh Pegawai atasan adalah “Budget” tiada…kemon lah…Polis dah 211 tahun…tapi arahan masih di zaman purba dulu…tiada satu pun berubah…yg berubah adalah dr sistem manual ke sistem on9…itu pun..gah pada awalnya…lepas tu sendu…even nak terima laporan dlm sistem PRS pun selalu down server…canggih tang mana???? Tengok saja dgn masalah elaun dan claim pindah keluar kontinjen…sampai bile nak hadap benda sama sampai berbulan2…jawapan clishe “Asheed” x update lagi sampai berbulan2…pdhal bukan hari2 pun ada anggota yg keluar kontinjen…susah sgt ke nak update???apa fungsi HRMIS diwujudkan jika xtahu guna..? Kalau Pegawai Kanan Polis…bgtahu jew…menggedik kerani tolong buatkan…kena pegawai polis (APR) korang wat mcm hamba tebusan selagi berkhidmat dlm PDRM nie…selalu dgn alasan…lain kali kalau xda budget jgn tukarkan org ikut suka hati…layankan pertukaran yg memang diorg sendiri minta…ini bile ada anggota minta pindah balik ke kg halaman mereka sebab jauh dr kuarga dan tpisah dgn anak isteri beribu batu jaraknya…xnak plak korang bagi “KEBAJIKAN” mereka??? Dah ar kena tukar..duit sendiri lagi..ingat pindah cukup guna duit rm100-200 ke???? Beribu tau habis…pastu nak claim…hazab…semua kau nak check…ms utk keluarkan arahan pertukaran xda plak korang nak check kewangan org tu…Kebajikan Konon….tu belum lagi termasuk lift2 yg rosak berbulan2 di Perumaham Polis…ada yg keguguran sebab masalah lift…bile diajukan bile nak baiki…alasan korang “budget” xda…habis mana budget yg kerajaan bagi setiap tahun tu??? Masuk poket sendiri kerana korang rasa korang lbh layak??? Belum lagi perumaham polis yg xpernah diselenggara wyring wpun rumah tu dah berbepas tahun…asal nak masuk rumah polis…mesti anggota kena keluar budget sdr…baiki rumah…wat wyring baru…duit sendiri tau…bile nak beritahu claim…alasan sama “budget’ xda…xda satu pun KEBAJIKAN anggota dijaga…dah la elaun rumah takad rm275…kalau menyewa pun xlepas tau…sembang bab kebajikan anggota nie dah naik bernanah telinga hakak dengar…20thn dah hakak service dlm PDRM….itu jew laaaa perkataan” KEBAJIKAN” yg keluar dr mulut mana2 Pegawai kanan Polis termasuk lah IGP sendiri…satu hakak nak bagi pesan kat mana2 Pegawai Kanan Polis termasuk IGP sendiri…

❝ JANGAN KEJAR PADA PANGKAT/JAWATAN SEBAB NAK KEJAR GLAMOUR…. TAPI LARI DARI TANGGUNGJAWAB….
RAMAI ORANG BOLEH JADI “KETUA”….TAPI SUKAR UNTUK JADI “PEMIMPIN… ❞

COMMENTS

This website uses cookies and third party services. Ok