Yusof Taib : PKR tidak lagi sama spt sebelum pemilihan parti itu.

By |2018-11-11T06:20:43+00:00Sunday, November 11th, 2018|Categories: NATION, POLITICS|Tags: |

Esok pemilihan PKR akan tamat dan kita bakal mengetahui kepimpinan baru parti itu.

Tumpuan kini di tertumpu utk kerusi Timb Presiden antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Utk kerusi Naib Presiden, selain dpd Nurul Izzah, calon lain yg dijangka menang spt Zuraidah Kamarudin, Xavier Jayakumar, Tian Chua dan Shamsul Iskandar adalah dari kem Azmin.

Begitu juga utk Ketua Wanita dan Naib dimana Haniza Talha dan Daroyah Alwi (kembAzmin) jauh meninggalkan Fuziah Salleh dan Rodziah Ismail (kem Rafizi).

Begitu juga utk jawatan Ketua Pemuda dimana Afif Bahardin dan Hilman Idham jauh mendahului regu dari kem Rafizi iaitu Akmal Nasir dan Raymond Ahuar.

Kedudukan utk majlis tertinggi PKR serta exco Wanita dan Pemuda juga nampaknya diungguli oleh mrk dpd kem Azmin.

Pemilihan PKR kali ini amat sengit kalau dilihat kpd kekecohannya serta berbagai kontroversi yg berlaku.

Politik wang dan pelbagai jenis kesalahan dilaporkan sehingga SPRM dan PDRM turut terbabit.

Sbg parti yg agak dominan dlm kjaan PH skrg, mmg lah sedikit memalukan utk melihat proses pemilihan kepimpinannya terpalat pelbagai isu.

Lebih mengaibkan bila kita lihat kem Rafizi ini didokong oleh mantan Presiden Wan Azizah dan setiausaha agung Saifuddin Nasution.

Ramai yg mengatakan Rafizi dan pasukannya juga disokong oleh Anwar Ibrahim wpun beliau sentiasa mendakwa neutral.

Walaubagaimanapun, mrk yg biasa dgn Anwar dan PKR boleh melihat yg beliau mmg jelas memihak ke Rafizi dan mahu ayam sabungnya menggantikan Azmin.

Kedua2 Anwar dan Wan Azizah telah membuat lawatan ke Julau, bahagian yg katanya King Maker, dan “berkempen” utk Rafizi dan teamnya.

Bahagian yg mencatatkan penumbuhan ahli sebanyak 13,000 dlm satu hari ini, mmglah kubu Larry Sng yg merupakan org kuat Wan Azizah dan Rafizi di Sarawak.

Jelas pemilihan PKR kali ini telah menyebabkan parti ini terbelah menjadi dua. Satu kem Azmin dan satu lagi kem Rafizi dan keluarga Anwar.

Persoalannya, apakah yg akan berlaku jika Azmin dan pasukannya menang besar esok dlm semua peringkat termasuk negeri dan cabang?

Adakah Anwar sbg presiden baru, Wan Azizah dan Nurul Izzah akan tersepit kerana kebanyakkan org kuat mrk kecundang.

Tidak mustahil jawatan setiausaha agung PKR bertukar menggantikan Saifuddin yg dilihat gagal menjlnkan kerja dgn adil semasa proses pemilihan.

Apakah pengaruh Anwar dan Wan Azizah akan mula hilang dan diganti oleh semangat Azmin.

Saya percaya rakan PKR dlm PH spt Bersatu, DAP dan Amanah juga menantikan outcome pemilihan esok.

Senario jika Azmin kalah juga hangat diperdebatkan. Ada yg mengatakan yg Anwar akan desak supaya Rafizi dilantik Kabinet. Mungkin menggantikan Azmin.

Begitu juga kedudukan Wan Azizah sbg TPM kerana beliau bukan lagi Presiden PKR.

Atau mungkin Azmin dilantik menjadi TPM jika Anwar tidak mahu memegang jawatan tersebut.

Yg pasti Wan Azizah yg sdh melepaskan jawatan sbg Presiden PKR dan tidak lagi menduduki Majlis Presiden PH, mmg tidak wajar terus menjadi TPM.

Kita semua sedia maklum hak melantik ahli Kabinet adalah milik Perdana Menteri dan sama2 lah kita lihat tindakan oleh Tun Dr Mahathir nanti.

Saya jangkakan akan ada Cabinet reshuffle nanti dan mantan pemimpin Umno spt Tok Pa akan dibawa masuk utk menguatkan lagi kjaan PH skrg.

Sama-samalah kita lihat nanti. Tapi yg jelas, PKR tidak lagi sama spt sebelum pemilihan parti itu.

Kerakusan utk mengawal parti oleh sesetengah pemimpin utama telah membuat parti itu kini berpecah. Dari pusat sampailah ke ranting.

COMMENTS

This website uses cookies and third party services. Ok