Kelohan anggota PDRM

By |2018-11-22T17:18:34+00:00Thursday, November 22nd, 2018|Categories: NATION|Tags: |

Kenapa ramai anggota bawahan PDRM memilih bersara awal ?

Ini disebabkan kelemahan PDRM sendiri, selera besaq, peruntukan ciput. World Class Police konon.
Poket book dan kertas A4 pun kena beli sendiri.

Paling sedih kenderaan polis di ipd sangat tua dan dhaif masih digunakan. Kenderaan bawa okt rosak dlm perjalanan ke mahkamah. Akhirnya minta okt turun dan tolak kenderaan polis ? Malu sungguh kat jabatan kerajaan yg lain. Kenderaan depa semua elok dan cantik. Bila minta ganti jawapannya mudah, tiada kenderaan.

Komputer dan line PRS di balai2 sangat uzur. Line pulak mcm hampeh ! Lambat sikit taip dan terima repot org awam alamatnya kena tindakan laa jawabnya. Siapa yg peduli?

Persatuan PDRM, PPRPD pun dah berjanggut bentangkan kertas kerja. Tapi alasan yg diberikan kekangan kewangan. Sampai bila ? Sampai kucing pun dah tumbuh tanduk pun PDRM tetap duk di takuk lama. Ayuh lah PDRM bangkit dan berubah lah ke arah lebih baik !!

Bab2 lama tu buang jauh2. Rasuah, salah laku, diskriminasi, berpuak2 tu hangpa pi lempaq jauh2. Kembalikan kepercayaan rakyat terhadap PDRM yg kita sayangi.

Kebajikan anggota ditahap lantai. Kesusahan anggota depa tak ambik pusing. Depa lebih pentingkan pegawai kanan, mess night, golf dan lain2.

Anggota dah service 37 tahun masih pangkat Kpl ? Pangkat Kpl hakiki dah berpuluh tahun, pi temuduga Sjn berbelas kali dah lebam2 hentak kaki, berbuih mulut hafal dan study soalan. Bila keluar keputusan pangkat, Kpl time base yg setahun jagung tu pakai Sjn. Apa semuanya ni ? Adil kah begitu caranya sistem kenaikan pangkat ? Cuba hangpa hat bijak pandai ni pikiaq tengok !!

Pegawai kanan naik pangkat cukup cepat. Kekadang tu acting dulu, lepas 6 bulan terus confirm. Senang sungguh.

Anggota keluar kerja JIPS (Jabatan Integriti & Pematuhan Standard) duk ikut bontot. Depa ikut sampai ke dapoq. Silap sikit depa adu. Duk kira nak buang kerja org jer. Bila dah kena adu, hujung tahun tak dak bonus, potong terus. Kami pun ada anak bini yg nak kena bagi makan. Awat hangpa ingat duit bonus tu bapak hangpa punya ka ?

SPRM pulak tak henti2 buat perangkap menyamar itu ini nak tangkap anggota Polis. Depa serbu sampai ke Enquiry Office, siap lompat pagar !! Siapa peduli ? Hangpa puak2 SPRM ni dah tak dak kes ka? Hangpa cipta kes sendiri semata2 nak KPI hangpa naik. Hangpa berjaya tapi ada org dianiaya. Akhirat nanti hangpa tunggu laa. Allah melihat apa yg kamu buat. Ini salah satu sebab anggota bawahan select to option retire.

Tak dinafikan anggota bawahan hat nakal jadi biri2 hitam memang ada. Tak kurang juga pegawai kanan. Yg terlibat dadah pun ramai. Bersihkan biri2 hitam ni dulu jgn kira siapa. Jgn dipolitikkan bab2 salah laku ni. Berani buat berani tanggung laa. Kalau hang lepas kat dunia ni, akhirat tetap duk tunggu. Hang nak pi ke mana sangat !!

Anggota dah bosan tiada keseronokan bekerja. Habis kerja balik rumah duk diam2. Kalau dulu satu balai / platun macam adik beradik tapi kini tiada lagi. Buat apa lepak kat balai, nanti Jips mai balai habis depa korek. Tak pasai2 kena. Ni juga punca anggota pencen awal.

Pegawai atasan bagi arahan macam kuku besi. Silap sikit kena tengking macam kuli batak. Pastu marah2 maki2 dlm group whatsapp. Tak dak budi bahasa langsung padahal sama2 makan nasi. Darah sama ja merah, kubuq pun sama ja kat bumi. Bukan kat langit. Ni punca utama persaraan awal.

Cukup service 30 tahun kita pakat2 hantar borang pencen habis cerita. Depa nak boleh buat apa kalau kita pakat2 pencen.

Pakat2 pikiaq !!!

COMMENTS

This website uses cookies and third party services. Ok