Azmin Cadang Saifuddin Nasution sebagai Naib Presiden?

By |2019-01-18T22:58:24+00:00Monday, December 31st, 2018|Categories: FEATURED, FEATURED ARCHIVE, POLITICS|Tags: , , |

Sebenarnya kalau diteliti kenyataan Azmin Ali tentang pengumuman lantikan oleh Anwar Ibrahim, bukanlah sesuatu yang melampau batas. Ada asas di sebalik teguran Timbalan Presiden itu kerana soal kepimpinan parti atau organisasi ini bukan boleh dilayan seperti melantik ketua darjah di sekolah rendah. Yang diminta beliau adalah lantikan dibuat berdasarkan prinsip merit dan prestasi kerja, bukannya habuan politik semata-mata. Inikan prinsip yang dituntut dalam ideologi Reformasi!

Menurut sumber; Azmin mencadangkan agar Saifuddin Nasution dilantik sebagai Naib Presiden, memandangkan senioriti dan kedudukan sebagai Menteri Penuh, dia layak untuk dipilih ke jawatan itu. Lebih pula, semasa pemilihan parti, Saifuddin sendiri telah melakukan kesilapan besar sebagai SU Agung dengan tidak bersikap neutral dan telah mengakibatkan skandal keanggotaan Julau mencemari Pemilihan Parti. Pemilihan yang lemah, pentadbiran parti yang kucar-kacir dan sehingga hari ini – kad keanggotaan parti pun tidak dapat diurus. Oleh itu, sewajarnya kesilapan dan kelemahan yang berulangkali jangan dipertahan kerana itu adalah sikap yang anti-Reformasi dan tidak waras.

Maka rasional dari Azmin adalah, seorang Setiausaha Agung yang neutral, profesional dan mampu membaiki kesilapan dan kelemahan pentadbiran parti sebelum ini harus dipilih. Antara nama dicadang adalah Shamsul Iskandar, Mansor Othman dan Kamaruddin Jaafar.

Mengapa tidak Rafizi sebagai Setiausaha Agung? Sebenarnya pasca 2014, dia pernah dipilih sebagai SU Agung, tapi kerana sikapnya yang tidak mahu kerjasama dengan orang bawah mahupun pimpinan yang kononnya dilabel pro-Azmin atau sesiapa yang suka berhujah dengan dia kerana dia terkenal sebagai seorang yang tidak boleh terima pandangan orang lain (sehingga ke tahap berjabat salam pun tidak mahu).

Pasca pemilihan baru-baru ini, memandangkan Rafizi telah pilih untuk tidak pertahan jawatan disandang sebagai Naib Presiden dan tewas di tangan Azmin, maka wajarlah dia dilantik sebagai Pengarah Sttategi atau apa-apa jawatan lain untuk diberikan peranan. Tetapi bukan sebagai Naib Presiden lagi.

Alangkah bagusnya,apabila seorang Presiden yang baik pastinya akan membentangkan isu pelantikan ini di dalam Biro Politik, dan dibahas panjang dengan semua yang menang pemilihan lepas, sebelum dibentang dalam mesyuarat MPP dan seterusnya mengumumkan lantikan bersama-sama sebagai satu pasukan kepimpinan yang baru. Barulah Presiden yang baru ini dilihat hebat dan benar-benar dapat menyatukan semua pihak.

Hakikatnya, Anwar sebagai Presiden juga tidak sesuci mana dalam kemelut ini. Dia sendiri seharusnya sedar, kunci untuk menyatukan semua pihak adalah di tangannya. Disiplin parti tidak boleh diamal secara “double standard”. Kan parti ini Keadilan namanya – haruslah dilihat saksama dan adil!

Bila Azmin mengutarakan teguran secara terbuka maka dituduh, dikecam dan dicemuh semahunya tanpa langsung mengambil pusing tentang perkara pokok yang menjadi punca permasalahan – Presiden gagal untuk berdiskusi dan mencapai konsensus dengan Timbalan Presidennya sendiri.

Kenapa bila Azmin tegur dianggap itu satu “jenayah” dalam parti, tetapi bila Azmin diserang dengan fitnah dan tuduhan liar oleh Rafizi dan kawan-kawannya, itu tidak pula ditegur oleh Anwar Ibrahim secara terbuka? Apakah Azmin bukan pimpinan parti? Apa Azmin sebagai Timbalan Presiden, tidak dipilih oleh majoriti anggota? Amalan “double standard” yang begini yang membarahi parti ini sejak sekian lama, diwarisi dari zaman Wan Azizah menjadi Presiden lagi. Selagi direstui oleh Istana Bukit Segambut, maka juak-juak Rafizi ini kebal dari sebarang adab, etika dan batas dalam berpolitik.

Kepada yang terpekik-pekik bahawa jangan persoal keputusan Presiden kerana itu hak dia, mereka inilah hipokrit Reformasi sebenar. Menegur, persoal itu adalah budaya demokratik yang dirai dalam Keadilan, kerana parti ini bukan parti pak turut seperti UMNO.

Dulu ahli UMNO anuti kepercayaan Presiden tidak boleh dipersoal, akhirnya mereka rebah menyembah bumi. Maka kepada hipokrit-hipokrit Reformasi ini, berhentilah sebarkan virus “pak turut” ini di dalam parti!

Reformis KEADILAN, 30 Disember 2018

COMMENTS

This website uses cookies and third party services. Ok