Kepada kekawan ahli PAS yang boleh memikir, di bawah sini ada sedikit mesej untuk anda.  Bagi ahli PAS yang tidak boleh memikir, anda tidak perlu membaca mesej ini.  

Sebelum itu sila melihat beberapa gambar yang sedang “tular-menular” dalam WhatsApp dan media alternatif.









Surah Al A’raaf (7:28]

Dan apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “Kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya”. Katakanlah “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?” 


Surah Al Nisaa (4: 135)
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 


Ok kepada kekawan PAS, dengar baik-baik.

Jadi anti ICERD, anti bukan Islam, anti itu dan anti ini semua telah dirancang untuk memperbodohkan anda.  

Semuanya bukan saja lakonan tetapi penipuan besar. 
Siapa kah mangsa penipuan mereka?
Siapa kah yang perlu di tipu?

Apakah mereka perlu menipu PH ? Tipu BN? Tipu OutSyed The Box?
Siapakah yang mereka perlu menipu?
Jawapannya : Anda lah. Mereka perlu menipu anda, ahli PAS yang tidak boleh memikir. 

Anda hanya diperlukan main watak  ‘ahli parti yang tidak boleh memikir’. 

Ahli parti PAS yang boleh di suruh duduk diam-diam di masjid, berdiri di depan pentas, berdemonstrasi di tepi jalan atau apa pun watak dan babak yang mereka fikir layak bagi anda.  Itu saja tugas dan peranan anda.

Jauh sebelum dulu dan jauh sebelum dahulu mereka telah bersubahat. 
RM90 juta itu adalah duit besar. 

Duit besar itu mereka telah agihkan sesama sendiri. 
Mereka telah membeli kereta-kereta besar, motor besar dan rumah besar.  
Ada di antara mereka yang membeli beberapa biji kereta dan rumah mewah.

Anda pula dapat apa? 
Anda tidak dapat apa pun.

Pahala yang anda harapkan pun sekarang amat jelas sudah bertukar menjadi dosa besar. 

Dosa besar menjadi ahli PAS yang tidak boleh memikir yang rela dicucuk hidung dan ditarik hidung seperti kerbau  untuk menyokong puak yang dirasuah dengan duit rakyat (yang telah dicuri) untuk membantu kaum pencuri dan penipu kleptokrat kekalkan kedudukan politik mereka. 


Itu saja.  Anda pula dapat apa?




Mereka telah bersubahat untuk membuat jahat. Tetapi siapa kah mangsa mereka yang sebenarnya? DAP?  PH?  Jauh sekali.  Mangsa yang sebenarnya adalah anda – ahli PAS yang tidak boleh memikir.

Dan sekarang pula mereka cuba menyelamatkan nyawa (dan duit) mereka.  Lihatlah gambar ini.  
Di dalam gambar ini pun siapakah mangsa mereka yang sebenarnya? Tun Dr Mahathir? 
Ha ha ha. Impossible.  DAP? PH? Bukan. Mangsa mereka yang sebenarnya adalah anda – 
ahli PAS yang tidak boleh memikir. Perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir untuk meminta nyawa, untuk dilanjutkan duit dan harta mereka.


Sekarang untuk mengelak daripada bencana mala petaka mereka setuju menceraikan UMNO dan sokong Tun Dr Mahathir pula !!  Dalam sekelip mata saja.  

Apa sudah jadi perjuangan Melayu bersama Melayu? Orang Islam bersama orang Islam? Apa sudah jadi memperjuangkan bumiputera?


Gambar atas dan bawah : Semua ini adalah lakonan saja unttuk memukau 
orang. Untuk memukau siapa? OSTB? Bukan. Untuk memukau PH? Bukan. 
Habis siapakah mangsa yang disasarkan? Jawapannya : Ahli PAS yang tidak boleh memikir.




Anda ahli PAS hanya diperlukan main watak  ‘ahli parti yang tidak boleh memikir’. 

Ahli parti PAS yang boleh di suruh duduk diam-diam di masjid, berdiri di depan pentas, berdemonstrasi di tepi jalan atau apa pun watak dan babak yang mereka fikir layak bagi anda.  Itu saja tugas dan peranan anda.

Apakah yang anda harus buat?  Ahli PAS perlu bangkit semua dan sama sekali dan mencampakkan barisan pimpinan anda ke dalam tong sampah.  Anda ahli PAS adalah ramai sekali. Mereka yang memperbodohkan dan lembukan anda itu adalah sikit saja. Jangan takut kepada mereka.

Allahumma Solli Alaikum – Semoga Allah swt melimpahkan karunia sokonganNya ke atas anda semua.

Anda tidak boleh menyelamatkan diri daripada diketawakan oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi sekurang-kurangnya anda boleh membuktikan kepada diri-diri sendiri dan kepada anak bini bahawa anda bukan lembu yang dicucuk hidung.

Bukan saja mereka perlu ditongsampahkan tetapi mereka mesti dihalau keluar dari parti anda.  

Tetapi kemusykilan yang tersangat besar ialah : Apakah anda manusia yang boleh memikir?