In this last week I have started to receive comment, messages and letters deriding me with regards to the way I am doing this Emilia story. I am posting just two of these letters to share with you guys – read and decide if what they say comes from their heart or are being orchestrated by parties unknown for reasons best known to themselves
.

Assalamualaikum En Hussein

Saya dah lama ikut blog tuan dan saya memang sokong Emelia dari dulu kerana saya juga seorang ibu tunggal dan saya faham apa yang dilalui oleh Emelia kerana bekas suami saya juga panas baran. Namun begitu, saya rasa posting ni kebelakangan semuanya dah lari dari tujuan sebenar nak melindungi Emilia dan lebih kepada mengaibkan bekas suaminya, yang saya tak pasti apa tujuan sebenarnya.

Sebagai seorang ibu, saya pasti Emelia sendiri pun tak akan bersetuju dengan tindakan tuan untuk mengaibkan bapa kepada anak-anaknya di Internet.Ya, saya juga masih memendam perasaan marah pada bekas suami saya juga tapi bukan begini caranya. Ini bukan yang diajar oleh agama Islam. Ini bukan yang diajar oleh mana-mana agama sekalipun.


Saya membaca yang tuan sangat gembira meletakkan cerita-cerita bekas suami Faisal yang mungkin betul, mungkin tidak. Kita manusia dan pemahaman kita terbatas. Setakat ni, cerita ni baru dari sebelah pihak. Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. 

Kita semua tak terlepas dengan aib kita sendiri atau aib ahli keluarga kita. En Hamid juga dah berusia lanjut dan mempunyai isteri yang tidak sihat. Tinggal di luar negara mungkin boleh menyelamatkan tuan dari tindakan undang-undang tapi tuan tidak boleh lari dari kekuasaan Allah. Terus terang saya amat kecewa dengan tindakan tuan dalam blog blog post kebelakangan ini.

Dan saya merasakan ada isu yang lebih penting untuk tuan dari sekadar membantu seorang ibu tunggal. Sudah lebih 10 posting yang tuan lakukan, menggambarkan betapa terdesaknya tuan. Terdesak atas sebab apa, saya tidak tahu. Cuma bila saya kecewa dengan tindakan tuan baru-baru ini, saya lihat tuan sangat marah dengan dunia. Dari Agong ke Sultan ke Menteri ke TM dan semua rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu yang tuan suka sangat cemuh, jelas kemarahan tuan menyalahkan setiap apa saja yang tuan tidak puas hati. 

Tuan bukan membantu kes Emilia ini sebenarnya. Saya bersembang dengan bekas bekas isteri dalam group Whatsapp kami pun dah mula getik dengan tuan. Yang bermasalah adalah tuan. Yang perlu berubah adalah tuan. Dalam hujung hujung umur tuan ini, berubahlah tuan. Jadilah seseorang yang dibanggakan oleh anak dan cucu cicit tuan dan bukan sesuatu yang menjadi beban malu untuk keluarga, kawan-kawan dan bangsa sendiri. 

Saya doakan tuan fikir sendiri. Tuan bijak orangnya, tapi hati tuan sakit.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Semoga Allah menyampaikan hidayah kepada tuan.

Nabilah Hana

Saya tak tahu lansung pasal kes ni sampai lah baca dalam group whatsapp. Tak beranilah nak masuk campur sedangkan tak tahu hujung pangkal. Bekas suami saya dulu pun kaki baran. Tapi lelaki ni, kalau pasal anak-anak, pasti dia akan berlembut. Mungkin Datin Emilia boleh berunding dengan suami cara baik untuk selesaikan masalah yang ada. Kita orang kampung memang tak tahu lah macam mana orang KL kaya-kaya semua selesaikan masalah. Laki kita bukan kata sofa merah, bantal merah pun tak mampu beli hihihi. Sabar ye kak Emilia, nanti ada lah jalan keluar dari masalah macam ni. Mengadulah pada Allah, bukan pada blogger. Blogger ni semuanya nak buat duit dan nak publisiti saja. 

Saya tengok gaya hidup Datin Emilia pun mewah je selama ni dengan kawan-kawan makan tempat mewah sana sini. Baju cantik cantik, handbag mahal. Akak tak lalui lagi macam mana ibu tunggal macam kami orang susah bila diceraikan.Kalau ini yang akak kata susah, itu syurga bagi kami.

Cuba lah akak ke masjid dan berdoa , menangis mengenang nasib hidup akak yang tak pernah nak tenteram. Mungkin kalau akak tutup aurat, nampak lebih ayu dan saya pasti akan dimurahkan rezeki dan dibuka jalan-jalan rezeki untuk akak dan anak anak.

Mungkin ini jodoh antara tuan Hussein dengan Datin Emilia kot. Isteri tuan Hussein pun dah lama sakit. Tuan Hussein bantulah Emilia dengan menikah dengan dia. Mungkin dua-dua hidup lebih tenang sebab ada teman untuk menghabiskan sisa-sisa hidup. Taklah sunyi sangat.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •